bekgroud

Leelou Blogs

.: aNTara mEReka YaNg sEtia :.

Sunday, August 14, 2011

Still searching

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM..

agak lame jugak belog ini tidak dihupdate.. al maklum lar sibok.. sibok dengan ntah ape2 kerja.. namun masih berfaedah.. setelah 2bulan menjadi pekebun anggur yang terhormat,hasil yang dituai xpernah kunjung tiba.. alahai, pencarian itu masih perlu diteruskan.

pelbagai perkara yang bermain difikiran..mahukan hidup yang senang lenang,bergaji besar, dan bermacam-macam lagi.. mungkin itu agak keterlaluan,namun itulah fitrah seorang manusia.. pernah cuba berputus asa.. tapi dengan sokongan yang ade aku masih berusaha dan terus berusaha.

esok. yee.. esok.. ade 1 lagi temuduga. iaitu temuduga buat kali ke2 setelah gagal untuk menempatkan diri di HOSPITAL PANTAI AYER KEROH,melaka..kecewa ?? xpayah cakap lar.. harapan setinggi gunung.. nahhh hamek kau.. sape suruh letak harapan setinggi gunung eberes.. lain kali harapan tu biar serata tanah sahaja.. neway semoga ade lagi pintu rezeki itu untuk aku..

peribadi? tu pun tetap menjadi salah satu perkara yang xdapat nak dielakkan.. bercinta dan mencintai adalah perkara yang berbeza.. bercinta dengan seseorang yang cukup membuatkan kita rasa bahagia.. mencintai.. i'm speechless bila bercerita ttg perasaan. hanya mampu berdoa.. 'sekiranya dia telah KAU tetapkan sebagai jodoh ku, KAU satukanlah hati-hati kami. Seandainya dia bukan jodohku KAU lenyapkan lah perasaan ini.' aminn..

walaubagaimanapun, kerjaya dan masa depan tetap menjadi keutamaan..

No comments:

Post a Comment