bekgroud

Leelou Blogs

.: aNTara mEReka YaNg sEtia :.

Thursday, March 31, 2011

tu la kedekut lagi...

saya pun buleh buat jugak wahai cik SAZA oi..walaupun awak xnak ajar saya kan..
okeh..i'll fine it by own la..haha..

rINdu PaDaMu..

salam petang sumer..haish.. 1st of all sedap xlagu ni??sedapkan..time aku post entry ni tga layan jiwa jugak ni..sambil menaip sambil mendengar..bak kate org tu halwa tenge..tapi ni pesen yg xbuleh makan k..jgn korang nak makan plak..
ukeh!!berbalik pada tajuk utama tu..urm,rindu?miss?kangan?haa..sume bahsa/dialek da ade..tapi pada sapa?mesti pada keluarga..acece..ye2 la tu lia oi..ntah2 ade udang disebaliknye..memang HONESTLY rindu kat family.. nak balik tapi ase xnak balik lagi..banyak pogem nak dilaksanakan..so,extend dulu la nak balik umah tu..
actually,saya a.k.a ms lia ni rindukan buah hatinya..lama kot xjumpe..ah..dan2 lame xjumpe..padahal rasenye berjam2 dy tgu kau hari tu.berdating-datingan di pantaian.pulak..!!ade ke pantaian??xde kot..kalu la dy tau abes aku..rusak bahse,sebab SAZAcikgu bahse dan sepastinye memartabatkan bahasa melayu..fuyoo..kekadang memang punah jugak bahse kalu dy naip..caye la cakap aku..
aduh..pesong lagi..senarnye nak citer sal aku rindu dy... dy tu buah hati saya..nak ulang lagi sekali ke?ukeh,i'm repeat, i mish my love...nak kenal??tengok bawah k..


ni la dy...xlama lagi kami akan berpisah..berpisah???mesti korang terkejutkan..berpisah untuk semetara saje..sebab??i'm going to practikal..for 2 months..lame kan.then abes blja cari kje pulak untuk bayar loan..alahai...masa ni la akan tentukan segalanya..
mudah-mudahan jodoh kami berpanjangan.. ameen..

Sunday, March 27, 2011

dats is called as cheated?

salam sumer.. mari berdiskusi dengan ku sebentar..bermain2 difikiran dengan beberapa persoalan dan penafian tentang situasi  ini..

: : curang kah seseorang itu sekiranya dy menjawab kol dan berbalas mesej??xkira lar dapat kol/msg dari ex gf/bf??
please,berdiskusi dengan ku tentang ini..
bagi aku,as long kite tau sape kita dengan bf/gf kita,kita xkan melampaui batas2 itu..dan selagi kite dituntuni dengan niat yang baik tiada istilah ke'curang'an boleh berlaku..even kite gaduh sekali pon dengan bf/gf kita..
kita pasti tau kan ape jalan penyelesaian..seandainya kita/dy mencari seseorang bukan bermakna untuk menumpang kasih semata2 cuma sekadar tempat menghiburkan hati.xkan lar sepanjang hari nak bermurungan sahaja..oh mungkin tidak begitu pada andakan??
saya amat pasti tentang itu..
tapi xbermakna anda seorang yang CURANG  bukan??
maka,dengan ini teramat lah saya memerlukan pendapat2 anda yang lagi bernas untuk menyelesaikan isu yang telah diutarakan oleh 'seseorang' insan ini..
sekian...


ku bertanya

petang sumer...jom layan lagu ni sekejap eh...nak tau ape jugak komen korang tentang situasi ni.




Saturday, March 26, 2011

nAsiB..

Haddodooooi..apelah nasib aku hari ni...2 x terkena..memang choi la..xdapat nak digambarkan dengan kata2..terlalu....oh..speechless u know..what the hell la..ok2.aku mula kan scene pertama eh :  cite dy camni. 
aku singgah sebuah gerai buruk + bersepah + cam bagus sorang makcik ni..sj la try sehelai selendang..mana la nampak cute mute ke kan muka aku bila pakai shawl tu..aha..shawl..selendang cam panjang sgt la plak nak taip..then,pastu cube 2,3 kali pusing depan cermin nak belah ar dari situ. 1~ sebab muke makcik tu pon da camtu hantu aku tgk. 2 ~ memang aku nak bla ar. xkan nak bertapak kat situ.. buleh lak dy bukak ceramah tanpa bayaran kat aku. ohhoi...dasar org tua..buleh kau kata yang macam2 kepada ku..



elow makcik,adat lar org berniaga,customer berhak mencube ape yg dy nak cube.bukan macam kau org tua kedekut..kalu camtu sikap kau org tua,xakan kemana perniagaan kau itu..haha..  { sekarang ni pon terngiang2 dan terimbas2 je lagi muka org tua tu.}

pastu kami means osmate aku lar. kami ber5 keluar hari ni..for the last maybe.. teruskan perjalanan dengan hati yang panas ditambah plak cuaca yang panas hari ni..memang berganda ar ke'panas'an hati kami ni..untuk melegakan rasa hati tu..kami singgah sapedek..tau x ape sapedek tu..makan lar.. aku??aku lar manusia yang makan paling banyak.sebab geram wooo...mase nak makan ni pon lagi satu hal..ape sal agaknye hari ni erk??sume makcik2 ni period ke ape??ke nak menopos..memnajang muka muncung..da buleh ikat jer rsa nya.. tapi aku buleh trime sebab masakan kau kene dengan selera.. gud job makcik..semoga di murahkan rezeki..

our journey is begin.. journey la sangat.. osmate aku ni mengalahkan aku..aku yang beriya sangat2 nak pergi last2 dorang yang bersoping2an melampau..haish..suke hati korang lar..asalkan puas.nampak mana duit tu pergi.jangan menyesal k..
antara niat aku sebenar nye adalah :
1.nak carikan jeans utk adk n akk aku
2.nak cari kurung
3.nak beli maskara
tapi antara ke33 barang yang aku nak,cume no2 je yang tercapai..itu pun sebab TERPAKSA..kalo x,aku xbeli jugak ok..nasib cantik jugak kurung ni...adus....apela nasib...asal masuk,belek,tanya harga sikit kompom dan semestinya kena beli..tanya xberti mahukan ia...tolong la paham wahai peniaga jalan TAR..awak yang lebih tua dari saya lebih mengetahui adab2 nye..bukan saya yang mengajar awak2 semua.. dan tahniah buat seorang makcik yang aku rasa teramat polite melayan customer..

moral of the story today : nak beli barang tu tgk dari jao k. jangan gatal2 nak cube barang tu walu sekali pon korang nak.then,fine first mood of owner tu.. takot korang kne 'ngap' cam aku..xke sia2..papepon untuk 'makcik' semoga dimurahkan rejeki je...amin...

Friday, March 25, 2011

gembira pun BERTUKAR

Uwaaa....nak nangis je..ha,padan muke!! hamek kau..kan da kene..tu la xpasal2 da sikit2 gaduh (versi sing yang berjambul tu)..nak gurau sangatkan..lain kali gurau elok2..kan da simply je dy xcaye kat kau..but at least aku tau jugak yang dy memang cemburu..woahaaa...tau pun cemburu kan..tapi cover2 la sikit cemburu tu jangan sampai musnah hubungan kita..

to : muhammad azat
sayang tiada yang lain melainkan mu..
xmampu untukku berbahagi kasih..
cukup bagiku hanya kamu..
ternyata hanya kau yang satu..





lagu ni buat kamu...
syg syg kan kamu..

Wednesday, March 23, 2011

Cinta Allah adalah CINTA HAKIKI

CINTA monyet adalah asam garam yang pernah dilalui pada zaman remaja. Apabila sudah bercinta maka bermulalah episod saling merindui dan tanda seseorang itu sudah 'diserang' penyakit angau.

Untuk mendapat cinta, manusia berusaha apa saja cara tidak kira di mana dan masa asalkan sasaran cinta tercapai. Dalam mencari cinta sejati manusia, bukan hanya remaja, kadang-kadang tersasar dalam erti sebenar cinta.
Kita hanya bergelut mencari cinta manusia yang tidak bertahan lama dan hanya kadangkala bersifat lipstik. Lupa kepada cinta agung yang menjadi sumber segala cinta.

Cinta Allah adalah cinta hakiki. Kemuncak segala motivasi, samudera segala bekalan dan kesudahan segala keindahanCinta yang membawa kepada segala kebaikan dan berkesudahan menikmati dua syurga iaitu syurga dunia dan akhirat.

Jika Allah adalah cinta segala cinta, dunia akan bertenggek di menaranya. Yang patut diusaha dengan sekuat tenaga, bagaimana hendak dapat cinta Allah.

Sebagai panduan, di sini dijelaskan beberapa faktor dan resipi bagaimana hendak mendapatkan cinta agung Allah.

1. Dengan membaca al-Quran serta merenung dan memahaminya. Berinteraksi dengan al-Quran sama seperti berinteraksi dengan Allah. Sebab kitab ini adalah penghubung di antara makhluk dengan pencipta-Nya.

Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarnya."

Kemudian dalam keterangan lain Rasulullah menjelaskan: "Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat (pertolongan) kepada siapa sahaja yang membacanya pada hari akhirat kelak."

Di rumah sahabat dulu, biasanya tergantung al-Quran dan pedang. Kenapa dua-dua ini digantung? Sebabnya pedang digunakan untuk pertahanan dan membuka negeri manakala al-Quran untuk membuka hati.

Sekiranya kita boleh baca akhbar dan majalah, malah menghabiskan duit untuk mengumpul gambar penyanyi takkanlah tidak ada masa sebentar untuk baca al-Quran.

Hati yang tidak dihuni dengan al-Quran akan dipenuhi kemunafikan, khayalan gangguan dan kemurungan. Maka isilah hati kita dengan ayat al-Quran.

Kisah seorang sahabat bernama Ubay yang pernah namanya disebut Allah kerana suka membaca al-Quran. Apabila Nabi beritahunya, Ubay terus menangis.

Nabi uji Ubay dengan soalan, apakah ayat al-Quran yang paling agung. Beliau menjawab: "Ayat kursi." Banyakkanlah membaca ayat ini.

Selain itu, jika hendak dapat cinta Allah seseorang itu perlu solat malam (Qiyamullail). Kita memang biasa bangun malam atau berjaga malam.

Tapi bukan untuk solat, tetapi untuk tengok bola, menonton filem, berborak serta melepak. Qiyamullail tidak semestinya bangun pada jam tiga atau empat pagi.

Cukup sekadar sembahyang dua rakaat sebelum masuk waktu Subuh sudah memadai. Ketika menonton siaran bola sepak pula, ketika perlawanan berhenti pada waktu rehat kita ambil wuduk dan bersolat sunat dua rakaat.


Antara cara yang boleh dilakukan ketika Qiyamullail ialah: 
1. Berniat untuk bangun solat malam dan berdoa. 
2. Jangan melakukan dosa pada siang hari sebab dosa pada waktu siang hari akan ikat rohani kita daripada bangun   malam. 
3. Tidurlah awal sedikit. Jika tidur jam satu atau dua pagi kemudian hendak bangun Qiyamullail memang tidak jadi. 
4. Tidur sekejap waktu tengah hari. 

Justeru, hendak dapat cinta Allah ialah dengan merenung ayat Allah. Merenung ayat Allah maknanya merenung kejadian yang Allah ciptakan seperti kejadian langit yang tiada bertiang tetapi boleh tertegak dengan kukuhnya.

Allah sembunyikan malam dan datangkan cerah dan siang. Bagaimana Allah jadikan kita? Besarkan kita? Kemudian usia kita menginjak remaja, akhirnya menjadi tua.

Kemudian bagaimana Allah jadikan tumbuhan nampak sama, tetapi tidak serupa? Buah rambutan nampak serupa, tetapi tidak sama.

Semua ini akan mendekatkan kita kepada Allah. Kita perlu merasa betapa lemah dan kerdilnya diri kita terhadap keagungan Allah.

Maka jika kita cinta kepada Allah maka Allah pasti akan membalas semula cinta kita.

Lalai solat kerana pengaruh dunia

PERNAHKAH kita bersedih kerana tertinggal sembahyang, terlewat mengerjakannya atau pernahkah perasaan rugi kerana tidak sempat melakukan solat secara berjemaah?

Pernahkah kita terasa berdosa tidak ‘beradab’ menghadapi Allah? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kali ini penulis ingin menyentuh soal lalai dalam solat.

Lawan lalai ialah khusyuk dan ia bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan.

Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah dalam sembahyang seperti gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan maka itu tanda tidak khusyuk.

Lalai dalam sembahyang ada beberapa peringkat seperti berikut:

1. Lalai habis. Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ia berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.

2. Dalam sembahyang. Ada masa lalai dan ada masanya ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang. Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.

3. Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkan. Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai.
Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.

4. Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkan di dalam sembahyang. Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk adalah rasa bukan setakat tahu atau faham.

5. Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang.Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang waktu dalam sembahyang.

6. Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan apa yang dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.

Lalai berpunca daripada pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa dalam sembahyang.

Sebab itu kalau dalam sembahyang hanya ada rasa-rasa keduniaan seperti seronok baru berjumpa kawan, teringat polis saman kereta kita salah parking atau bimbang tak sempat pergi ke bank sebelum bank tutup dan sebagainya.

Rasa-rasa ini ialah rasa dunia yang melalaikan, bukan rasa-rasa khusyuk. Sekiranya kita tidak kenal Tuhan, hanya setakat tahu dan percaya sahaja, kita tidak akan dapat rasa khusyuk.

Paling tinggi ketauhidan kita hanya di peringkat akal atau fikiran sahaja kerana tahu dan percaya itu perkara akal. Kita dikatakan orang yang berfikiran tauhid, bukan yang berjiwa tauhid.

Mengenal Tuhan ialah langkah pertama untuk mendapat khusyuk. Setelah mengenali Tuhan barulah kita akan dapat merasakan kehebatan dan keagungan Tuhan di hati kita kerana kenal itu perkara hati.

Barulah kita akan dapat rasa bertuhan. Selagi hati kita tidak dapat rasa bertuhan, ia tidak akan dapat rasa kehambaan dan ia tidak akan dapat rasa khusyuk.

Ada hadis berbunyi: “Awal-awal agama adalah mengenal Allah” Maksudnya, selagi kita tidak kenal Allah, agak sukar untuk kita beragama. Kita tidak akan boleh khusyuk.

Selagi kita tidak boleh khusyuk kita sebenarnya belum berjiwa Tauhid. Kalau kita belum berjiwa Tauhid kita tidak akan mampu mengamalkan dan menegakkan syariat Islam secara lahir dan batin.


Mungkin kita boleh laksanakan syariat lahir tetapi batinnya kosong. Tidak ada khusyuk, tidak ada roh dan tidak ada jiwa. Padahal Islam itu mesti ada lahir dan batinnya.

Wednesday, March 16, 2011

Nadiku

ManBai - Kau Ilhamku

mencari kesempatan yang ada..

Salam semua.. pe khabar?? sihat...?? hope sihat sejahtera sumer nye..
ni saje je la nak amek kesempatan untuk menjengah belog..sebab nye minggu ni adelah minggu test.. minggu di mana memerlukan aku 'kembang'kan otak untuk menerima input dan mencurah output pada esok harinya..haish..memang la jawabnye xcukup tido...konon!! xcukup..padahal terlebih..xsamapi pukol 10 da dok lam slimut..ahaiii..nasib lar..xtahan nak mate mak ni..^^
sedar xsedar tinggal bape hari je lagi aku akan bakal menamatkan pengajian..dan akan bermula la episod menerima realiti kehidupan..yang mana aku akan berpaksikan pada diri sendiri..yang mana jatuh bangun terlangkup nye aku sendiri yang boleh menilainya..

Wednesday, March 9, 2011

saya ada seekor penyu...

salam semua.. xde ape sangat yang nak disembang kan untuk mlam ni..cume nye rase sangat seronok bila kita diingati.. btw nak tau nape?? i dapat turtle.. nak tengok x??jap eh3..
tadaaaa.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
1
comey x turtle kite??
2
3
4
5





yang no 5 tu pilihan hati saya..sebab dy comel..ade bunjut kat atas tu..suke sgt...
thanks to papa pajelie a.k.a sir zainurol sebab ingat kat kami..

Monday, March 7, 2011

terSinDir uNtUk yANg kEseKIan Kal!nYa..

Memang blush giler muka tadi.. sampai speechless.. adey.. memang lecturer aku ni.. saje betol nak bagi aku malu.. nasib gelap mase tu.. xde lar nampak sangat muke aku yang blush.. yang xtahan tu buleh dy kate camni :
kak,suara awak tu lantangkan selantang suara pahlawan.. hah?? aku pon tercengang lar.. bukan main dy kena kan aku.. abis 1 kelas ketawa kan aku.. memang betol la.. da lar mase tu presentation time.. lost of focus jadi nye.. baru nak jadi best presenter.. kan da xjadi sebab mulut dy.. yang lain xtau,jadi tau.. ai..aku bakar kete kau baru tau sir...

yang lagi sorang ni plak buleh tanye aku camni : liyana,nanti kamu nak posting kem mana?? once again tercengang.. aik sir ni nak hentam aku ker.. kua juga lar sebijik penumpuk secara xlangsung. kan da jadi xhormat tadi..oppss sorry sir..xsengaja.. isu tu jadi sebab baru kua dari briefing untuk posting.. ha.. bercerita pasal posting,cuak la plak.. xtau mana dy anta nanti...pape pon kena tunggu je la..

btw nak wat pembetulan sikit.. bukan hari pahlawan tapi hari ulangtahun tentera darat... salah info plak.. terlupa.. maaf yep...ahad semalam baru dibuat sambutan nye..

att:papepon memang 'mendapat' lar aku dari lecturer2 kesayangan ni.. aish..sayang ke?? don't worry sir..nanti saya kawin saya jempot.. xdatang jage lar..eh3..dush3..

Sunday, March 6, 2011

hAR! pahLAwAN..

Salam semua.. hai2.. ape khabar korang?? camne ngan wekend korang?? terisi dengan padat kah??
yehaww.. hopefully terisi dengan jayanya.. hari ni,pagi ni, kol 7.30 pagi da kua rumah.. kol 6 a.m da bangun.. sampaikan alarm pon tah bape kali di'snooze'kan.. punya la liat nak bangun.. bukan sebab ape,tapi penat kot.. seharian xtido.. acece..padahal mate kau yang ta buleh nak tutupkan.. sebab?? nak ngadap lappy je kan.. tau da..ngaku je la.. ok2!! enough..

mesti korang tertanya2kan ape kaitan title entry aku kali ni.. hari ni saya mejayakan HARI PAHLAWAN..konon la jayakan..padahal kalu nak kire xde kaitan pon..perlu kot.. sebab saya jugak adelah sebahagian dari itu. ayah saya seorang bekas tentera..maka saya sebagai wakil la.. ~ eh,bila abah wakilkan kau ni ina~ memandai je yep!! 

actually saya semangat tentang 'hari ini ' kerana dapat lar serba sikit info2 yang boleh diguna pakai.. cewahh..ntah ape pon xtau ..padahal niat yang sebenar nak jumpe my hero...ala..konon2 je my hero..xla hero mana tapi tetap dihati.. kami (ain & aku) ain tu roomate sy..okeh..kami sampai kat dataran tu pukol 9.30 a.m..kami miss kawad pancaragam.. xdapat nak tengok cane dorangnye kawad pancaragam tu.. mesti bestkan..ni gara2 bus+ktm lar ni..gerak cam siput sedut..lembap gile..walau papepon,saya telah selamat sampai disana.. motif utama nak terus cari 'my hero'..tapi pikir2 balik mesti dy tengah sibok..kol ngan msg ntah bpe kali..memasing lost..putus asa kot nak mencari.. da la paneh.. paneh tu xyah cakap lar.. xterkate.. burn muka mak ni nyah..haha..~tibe-tibe plak~

mase kami kat dataran tu macam2 program ade..antaranya perarakan asset TDM..sampaikan naik lenguh kaki den ni ha dok berdiri terpacak..adey...*-^ pastu diteruskan dengan TENTERA PARA..para ni cam skuad payung terjun lar.. ade lar dalam 16 orang penerjun..memang mantap lar aksi dorang.. dan macam2 lagi lar acara nye.. slek/silap sikit ja,,aku rendah xnampak camna cara dorang mendarat..cara tu aku nak applykan mase mendarat ataih katil..~ha??gila pa ka ang ni yana oi??~hoho..ok set..abih da yang tu..

kami pun terus memanjangkan langkah.. konon nye lagi nak cari tempat redup..padahal kat tangan da ade payung tu.. hih..~gatai..~sikit ja..ain plak nak p jumpe membe kami..huh...da lar cam rasa kat tempat peperangan plak tadi.. mana xnye,segenap ruang,celah2,pelusuk tempat ade je mat terap ni..hihi...ase adoi ai..mana nak cari 'my hero' ni.. sebabnye muke memasing nak same2 je..huish..nasib 'my hero' tu manis orang nye..klu dy bace mesti pasan kuat dy ni.. dalam 15 minit gak lar tunggu dy nak datang cari aku.. hah,padan muke..cari lar aku kan.. bukan senang pon..dapat kol dari dy then cakap ni 

aku :  syg da kat bwh bendera besaq ni..mai lar cari..syg xlarat da nak p cr abg..
dy : yelar..nak p la ni.. tapi duduk tang mana xtau..abg xnmpk pon syg..
aku : adey abg.. mai cni..nnt jumpa lar.. heh2??
dy : ok..
aku - bukan main kedek2 dy cari aku..huhu..
sementara tu ni lar activity kami..
v
v
v
v
saya dan dy..
(ni mase senyum)
cer tengok yang bawah tu..

saya dan dy lagi..
xtau nape xsenyum..xready lagi kot..hihi

sibok je..dok nyembang,nyembang je la..nak jugak masuk..
haish...<3

ni lar 'my hero'...

yang tengah tu kira maskot untuk dy nye unit lar..

ni scandal terbaru dy..eh2..macam2..

dalam train ktm otw..

saya suke sgt pixca ni..tersangat clear..<3<3

kami dalam landrover kot namenye..duduk berehat sebentar..

saya lagi..sweet kan??

agak - agak ape yang korang pikir??
ntah lar..tapi ade yang kate pixca ni sweet...
ye ke??

ni 'my hero' yang pakai kan..
cube 'menjadi' komando..
huhu..layak ke??

siap!!
untuk snap2 sementara tu.. tapi kenangan tu memang best.. hihi..
kami 2 orang meneruskan perjalanan ke masjid india + masjid jamek..niat nak mencari sesuatu yang memang  disuruh oleh adik.. tapi xjumpe.. alih2 lain plak yang jumpe..so sebat je la..asalkan ade..
lastly kami sampai umah jam 5 petang.. woahaooo..teramat penat tapi menyeronokan..
tq to my roomate sebab sudi + temankan aku..
eleh..aku tau ko yang berkobar2kan nak p..tau da...
thanks alot to 'my hero' sebab bagitau info2 yang aku terpaksa dengar..hihi.. xminat lar nak tau suma tu..tapi terpkasa jua..
att: ape yang penting?? saya sangat seronok jumpa awak lar azat!!!

Saturday, March 5, 2011

turn aku plak eh..

Asek singgah dan komen belog orang je.. belog dorang nye entry kemain mantap nye bahasa.. belog aku?? cam bagus.. tapi memang BAGUS pon.. ade aku kisah lau korang kate pape.. xkisah sikit pon der.. ^^,
puas aku bace belog si shazatul hazirah ni ..puas aku komen2 belog dy..padan muke..

ok the next point.. td housemate ajak p holiday.. fuyooo..holiday ker?? xdelar holiday mana.. nak pegi tapi serba salah plak..sebabnye aku da ade rancangan  aku tersendiri.. kemana?? adelah.. tunggu for the next entry k..
hari ni cam biasa lar rutin aku..bangun pagi on lappy,siap2kan perkara yang tertangguh semalam,kemas2 sikit umah yang kepow nye sebulan ta berkemas..oppss tapi mentain bersih ok!! then terus menerus untuk menyiapkan tuto yang diberi oleh lecturer kesayangan ku.. yehawww..kesayangan kah?? xde lar syg mana.. buat kerana perlu..hihi. terukkan.. xde lar teruk mana.. tapi memang best lar..mane2 lari mesti jumpe jugak perkara ini.. iaitu 'matematik'.. sedari sekolah rendah lagi aku cukup2 makan je.. da naik tahap U ni alhamdulillah..mampu jugak berjaya walau lambat..hehe..ok.tu setel.. 

then mate ni kekonon la nak tido.try la pejam mate.tapi hampeh..xboleh..hati asek teringatkan lappy..rindu sampaikan xnak berpisah..dan2 la tu..padahal nak conquer sorang lappy ni..opkos lar jugak kan.. sebabnye lappy sendirian berhad.. lain la ade partnership.. see?? kan da masuk topic AHR mngment konsep da..bgus jugak meng'apply'kan term yang kite pelajari dalam permbelajaran kita..x gitu ke blogger??

sekarang ni da pukol 6:04 pm da.. perut pulak sibok putarkan musik keroncong..adoi.. tadi baru je kot makan.. xkan nak makan lagi.. sabar yep.. sat g / malam kang i full it.. ok..

da puas merapu...=)
att: abah kita nak bayarkan kos untuk wat lesen kereta..then nanti buleh la hang out ngan u all teman.. yawwww..\m/

Wednesday, March 2, 2011

un mood..

salam semua...
hari ni memang stress sangat.. stress pasai study..tadi aku ada 2 test.. 1st test,acc.. dari pagi aku pulun wat..konfident nak jawab test.. ok buleh lg handle.. then, dapat q paper..sesaat tu jd stuck.. oh no..wah...xley bla.. try lg.. sampai aku jumpe da jwapan.. aku kemain lagi seronok sebab dapat wat.. ok.. acc aku da balance.. dengan bangga aku pon p lar hantar kertas jwpan.. pastu kua je dari hall..mak ai.npe xsame je jwapn aku ngn org lain..haish ade soklan lain ke??soklan aku xsama ke ngn dorang?so,camne?? aku xnak dengar da pasal acc ni.. walau cmna pon kne dgar jugak sbb esok jumpa lg muka dia.. adoi...stress sbb salah diri sendiri.. kau careless NUR LIYANA...padan muka..hamek kau...



2nd test, waste management.. ni lagi 1.. bukan main lagi sir aku ni.. soh aku mengeluarkan pendapat yang agak bernas lagi jitu.. da la otak ni bukan senang nak gubah ayat2.. kene jugak tadi.. KBKK nye soklan aku dapat.. ntah ape2 yang aku luahkan atas kertas tu.. padan la sir nak menanda.. hah...ok settle yang tu untuk hari ni..

ok..lar ni nak cita overall tentang klass sepanjang sem ni yang selama 3 minggu aku telah alami..
sem ni mmg short sem lar..kelas dari pg sampi ptg..stress selama sebuln 3 mggu yang harus aku lalui..mana xnye awal pagi lagi aku da bangun..nak dkat magrib baru sampai umah..adoi hai..da cam 'minah kilang' je aku rase..tu setel..then nak makan pon xde mase..the best point mmg xde mase langsung!!!grrr.. xsabar nak abes blja..aku nak kje pulak..nak rase pgg wet sendiri..nak enjoy dgn ape yg aku buat..then nak further study pon aku akan pkir 2,3 x...yeay...

mood:still xboleh accept ttg test account td...tension+stresss....
harap boleh habiskan sem ni dgn cemerlang...
chaiyok3 nurliyana...